1. Bila sorang wanita mengatakan dia
sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang
menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu
selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan
hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang
dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang
patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh
cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun
ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan
cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian
tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis
yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar
sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah
buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula
menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk
seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur
dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang
mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka
meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu
perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh
mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang
dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya
melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan
tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu
erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang
wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu
dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi
seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang
tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama
dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk
memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa
yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh
cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih
awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari
cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah
rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas
keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di
sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa
ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat
teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah
cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa
yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang
berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling
cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil
berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang
lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang
yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad
ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai
setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki
yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat
wanita pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati
wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi
sepenuh jiwa