Semua sedia maklum, sekarang makin ramai yang pakai kanta sentuh
a.k.a contact lens tak kiralah tujuan untuk mengatasi masalah rabun mahupun
untuk bergaya. Tapi ramai yang ambil mudah tanpa tahu tentang penjagaan yang
perlu bagi pemakaian kanta sentuh ni. Ini kerana mata ialah aset utama manusia
yang paling sensitif. Oleh sebab itu, cara pemakaian dan penjagaan kanta sentuh
perlulah teliti dan berhati-hati.
§ Buat pemeriksaan berkala dengan
pakar optometri untuk mata dan kanta sentuh.
§ Bersihkan dan basmi kuman pada
kanta sentuh setiap hari seperti yang disarankan dan pastikan sentiasa dijaga
dengan baik.
§ Jangan sesekali melebihi tempoh
pemakaian kanta lekap seperti yang disarankan (8 jam).
§ Jangan pakai kanta sentuh yang
sudah rosak.
§ Basuh tangan setiap kali hendak
memakai kanta sentuh.
§ Kuku yang panjang boleh
menyebabkan kanta sentuh terdedah kepada kerosakan serta kecederaan ketika
memakainya. Bagi mengelakkan kejadian seperti itu, elok berkuku pendek.
§ Gunakan pembersih kanta sentuh yang
disarankan dan jangan guna air biasa untuk mencuci.
§ Sebelum bersolek dan sebelum
mencuci solekan, tanggalkan dulu kanta mata.
§ Tutup kedua-dua mata ketika
ingin menggunakan sebarang semburan.
§ Jangan pegang kanta sentuh jika
membawa bahan kimia.
§ Simpan kanta sentuh ke dalam
bekas yang sesuai.
§ Apabila menyimpan kanta sentuh
ke dalam bekas pastikan kanta sentuh itu berada kedudukan di tengah-tengah
sebelum menutup bekas berkenaan.
§ Jika terdapat gurisan atau apa
saja tanda pada permukaan kanta sentuh, elak memakainya.
§ Elakkan membeli kanta sentuh
yang murah harganya tanpa diketahui tahap kualitinya kerana mata adalah aset
paling berharga dan sensitif.
§ Jika mata mengalami simptom
merah atau kegatalan selepas memakai kanta sentuh, sila berjumpa doktor dengan
segera.