Saturday, April 23, 2011

penjagaan contact lens



Semua sedia maklum, sekarang makin ramai yang pakai kanta sentuh a.k.a contact lens tak kiralah tujuan untuk mengatasi masalah rabun mahupun untuk bergaya. Tapi ramai yang ambil mudah tanpa tahu tentang penjagaan yang perlu bagi pemakaian kanta sentuh ni. Ini kerana mata ialah aset utama manusia yang paling sensitif. Oleh sebab itu, cara pemakaian dan penjagaan kanta sentuh perlulah teliti dan berhati-hati.
§  Buat pemeriksaan berkala dengan pakar optometri untuk mata dan kanta sentuh.
§  Bersihkan dan basmi kuman pada kanta sentuh setiap hari seperti yang disarankan dan pastikan sentiasa dijaga dengan baik.
§  Jangan sesekali melebihi tempoh pemakaian kanta lekap seperti yang disarankan (8 jam).
§  Jangan pakai kanta sentuh yang sudah rosak.
§  Basuh tangan setiap kali hendak memakai kanta sentuh.
§  Kuku yang panjang boleh menyebabkan kanta sentuh terdedah kepada kerosakan serta kecederaan ketika memakainya. Bagi mengelakkan kejadian seperti itu, elok berkuku pendek.
§  Gunakan pembersih kanta sentuh yang disarankan dan jangan guna air biasa untuk mencuci.
§  Sebelum bersolek dan sebelum mencuci solekan, tanggalkan dulu kanta mata.
§  Tutup kedua-dua mata ketika ingin menggunakan sebarang semburan.
§  Jangan pegang kanta sentuh jika membawa bahan kimia.
§  Simpan kanta sentuh ke dalam bekas yang sesuai.
§  Apabila menyimpan kanta sentuh ke dalam bekas pastikan kanta sentuh itu berada kedudukan di tengah-tengah sebelum menutup bekas berkenaan.
§  Jika terdapat gurisan atau apa saja tanda pada permukaan kanta sentuh, elak memakainya.
§  Elakkan membeli kanta sentuh yang murah harganya tanpa diketahui tahap kualitinya kerana mata adalah aset paling berharga dan sensitif.
§  Jika mata mengalami simptom merah atau kegatalan selepas memakai kanta sentuh, sila berjumpa doktor dengan segera.

0 org comel nak taw:

Copyright@Segala Hasil Nukilan Di atas Semuanya Hak Milik Nadia Syamira