1. Andai kata
cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah
cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin
sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di
perasaan.
2. Ada orang pada
mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya,
tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa
menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3. Gerak geri
memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di
semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk
kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan
selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di
dada.
5. Cinta yang
datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang,
tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai
hidupnya.
6. Cinta bukan
paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya
tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
7.
Persahabatanbiasany a berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah
berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan
mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar
menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat
tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah
sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu
fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10. Cetusan cinta
pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala
kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang
kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg
terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
12. Cinta yang
lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang
lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk
membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.
0 org comel nak taw:
Post a Comment