fakta menarik tentang lelaki
.jpg)
- Lelaki biasanya tidak terpikat
terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah
terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
- Lelaki amat bencikan lelaki lain yang
cuba untuk menggoda kekasih mereka.
- Apa yang sedang awak lakukan? atau
Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya
ketika mereka menelefon seorang wanita.
- Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan
mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan
mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
- Apabila lelaki benar-benar sayang
terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang
ada pada wanita tersebut.
- Lelaki akan membuat seribu satu
kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
- Lelaki sanggup melakukan apa saja
untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
- Lelaki amat benci apabila wanita
menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
- Seorang lelaki mampu menyukai wanita
untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
- Apabila seorang lelaki bersedia untuk
berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar
serius.
- Lelaki juga akan menangis.
- Lelaki akan lebih untuk berusaha
memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar
untuk menerima kekalahan.
- Jangan sesekali memberikan mereka
mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi
takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk
mendapatkan jawapan.
- Lelaki akan teruja apabila mendapat
sentuhan yang tidak diduga.
- Lelaki akan menjadi gagap apabila
bercakap dengan wanita yang mereka suka.
- Apabila wanita menyatakan tidak, hati
lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
- Lelaki amat sayang ibu mereka.
- Lelaki sanggup mengorbankan makan
tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga
ros.
- Lelaki amat sukar untuk difahami
melainkan anda seorang pendengar yang setia.
- Adalah lebih baik anda menguji seorang
lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia
tidak mengambil masa yang terlalu lama.
- Lelaki lebih bersikap terbuka untuk
menceritakan hal peribadi mereka.
- Lelaki amat suka apabila wanita yang
menentukan pemakaian mereka.
- Lelaki tidak suka kekasih mereka
mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
- Apabila lelaki membelikan hadiah
kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan
tidak disukai.
- Lelaki lebih banyak berfikir.
- Imaginasi lelaki tiada had. Mereka
mampu untuk membayangkan apa sahaja.
- Ketinggian wanita adalah tidak
penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
- Sukar untuk lelaki untuk melepaskan
kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
- Lelaki tidak sukakan wanita yang
materialistik.
- Lelaki memiliki semangat yang kuat
untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
- Apabila lelaki menceritakan sesuatu
yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
- Lelaki lebih gemarkan wanita yang
pandai memasak.
- Jangan sombong, kerana ia akan
membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
- Lelaki belajar mengenai cinta melalui
pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel
yang mereka baca.
- Lelaki paling tidak suka kekasih
mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya
sekadar kawan.
- Lelaki akan memaafkan kesalahan yang
pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
- Lelaki tidak suka wanita yang
terlampau mengada-ngada.
Copyright@Segala Hasil Nukilan Di atas Semuanya Hak Milik Nadia Syamira
0 org comel nak taw:
Post a Comment