1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah
perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita
hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia
telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi
gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua
manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti
memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama,
masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu
sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk
bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang
menunjukkan dia adalah jodoh kita.
2. Bersahaja
Kekasih kita itu
bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian,
cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan
tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak
kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat
mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan
tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak,
dia mungkin bukan jodoh kita.
3. Senang bersama
Walaupun kita
selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan
pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang,
gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga
merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa
sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun
malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
4. Terima kita
seadanya
Apapun kisah silam
yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan
dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak
mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil
hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia
berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah
bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah
apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur
yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh
dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran
bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan,
kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak
jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia
jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan
kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
6. Percaya
Mempercayai
Setiap orang
mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat
mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita
mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di
tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara
satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa
selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding
rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan
kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan
dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang
Bekerjasama
Bagi kita yang
inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita
dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu
memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang
dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas
masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini
dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga
dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang
melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada
masa hadapan.
Jika tiada
kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul
beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
8. Memahami diri
kita
Bagi pasangan yang
berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke
klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami
kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi
pendengar.
Dia selalu bersama
kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka,
dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia
mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit,
inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia
sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang
dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
9. Tampilkan
kelemahan
Tiada siapa yang
sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna
daripada segala sudut.
Pasti di kalangan
kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi
teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia
memberitahu kita.
Sudah tentu bukan
senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah,
dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila
dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang
kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan
sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
10. Kata hati
Dengarlah kata
hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui
dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin
ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat
membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas
pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin
dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk
kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada
ketentuan yang maha berkuasa.
Mimpi
Jodoh dan
pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini
dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan
sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang
mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon
supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat
mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak,
tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan
kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.
Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah.
Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia
merancang, Allah menentukan.”
0 org comel nak taw:
Post a Comment