Cuba perhatikan setiap
garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan
seperti di atas… Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu.Bagi yang minat
bab tilik menilik..so boleh la menilik skrg..hehehe..
1. Garis
Kehidupan
Garis bertanda
nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan
terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang
jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika
garisnya mencecah hingga ke penghujung.
2. Garis
kecergasan
Garis bertanda
nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk
berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang
dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk
berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih..
Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak
hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara
gading tanpa sebarang masalah.
3. Garis
hati/cinta
Garisan ini
melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis
yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan
mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu
putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin
mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang
sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis
putus-putus ini ‘ curang’ dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada
seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!
4. Garis
kejayaan
Cuba kamu
perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu
garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih
garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam
dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang
terpamer di telapak tangan kamu itu.
5. Garis
matahari ( Sun line)
Bukan semua orang
yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata.
Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi
kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu
meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini
kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.
6. Garis
kesihatan
Sama seperti garis
kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak
putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan
kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.
7. Garis
perkahwinan
Sekiranya garisan
itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan
bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya.
Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan
seterusnya…
8. Garis
bilangan anak
Setiap orang pasti
ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba
masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu
mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak
garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah
bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini
bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.
9. Garis
perjalanan
Adakah kamu ini
seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau
melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan
perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan
bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup
berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.
10. Garis
kewangan
Setiap orang
semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia
mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki
garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu
memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.
11. Garis
pergelangan tangan
Cuba kamu
perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat
garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang
itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada
dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat….
Ajal dan maut di tangan Tuhan kan ?
Bila jari kamu
dirapatkan….
Apa yang kamu
lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah
semuanya rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng
dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu
dengan Mata kamu dan tengok sama kamu boleh lihat ada sebarang ‘gap’ di
antaranya… Sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya… Bermaksud ia
tidak rapat dan renggang… Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah.
Malah kadangkala
kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan
seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari
itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya dan pentingkan diri
sendiri! Betul ke? hehehee…kalau terkene jangan la mareee..
Sememangnya
terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita…. walaubagaimana pun ini
cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya.. cuba
perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan
garisan yang dinomborkan seperti di atas… setiap garisan mempunyai maksud yang
tertentu.
0 org comel nak taw:
Post a Comment