Wednesday, September 7, 2011

syawal 2011

Assalammualaikum , hyehye =)
sihat ker korg ? x terlambat lagi kan nak ucap selamat ari raye , maaf zahir batin kalau ade salah dan silap yer, ala raya kan sebulan. heheh .. mngu lepas bersamaan hari raya kedua aku pegi rumah si cinta. gabra habaq hang, slalo mak dgn adik dye jer ader . tibe ari tu punye la ramai kat rumah dye .. nasib la aku pegi ngan membe2 aku , xde la segan sgt kan . smpi kat sane salam2 semua yg kat rumah dye . sembang2,makan2,minum2.. hahha,poyo jer . nama pown ari raya kan , takkan nak basuh rumah dye pulak. hahha. lepas dah raye rumah dye , saje la lepas tu ajak dye pegi jalan2 kat pekan kuala kangsar tu. yela , aku kan dok ipoh ,jrg pegi kat sane . time tu aku ngan membe2 aku agak "jakun" sket la . Al-maklum la dekat ipoh mane ade istana la, kota london la ape la wlaupon kat sane pekan dye kecik jer . hheheh . dye senyum jer tengok gelagat ktowg . macam2 pic ktorg tangkap . eheheh . tp rase cam besh jer , aku rase nie la fis time dtg raye rumah dye , sbelum nie segan . dye jer yg slalo dtg mse time raye kat rumah aku. rase bahagia sgt2 time tu wlaupon sekejap jer .






eh2 ,warne tudung kite ngan baju dye same la .. purple gitu ! tak rancang okay.. hehee . 


Saturday, June 18, 2011

rahsia di tapak tangan



                                          Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5xg01OwW_pBZfyAY8lRXCd-nF0ugXm5M2oaZpkz6eVj7n2BQmaztOwChO__OOm-lRZIV-JSxZ1cqO_fF0uwPm18pr9pAu3RWzDHsXBUpU_gxdq_nqBExoGSFNUZIzyIpXpM_0oVQd2r0/s1600/images+(6).jpg
Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu.Bagi yang minat bab tilik menilik..so boleh la menilik skrg..hehehe..
1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.
2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.
3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ‘ curang’ dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!
4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.
5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.
6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.
7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya…
8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.
9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.
10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.
11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat…. Ajal dan maut di tangan Tuhan kan ?
Bila jari kamu dirapatkan….
Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu dengan Mata kamu dan tengok sama kamu boleh lihat ada sebarang ‘gap’ di antaranya… Sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya… Bermaksud ia tidak rapat dan renggang… Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah.
Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya dan pentingkan diri sendiri! Betul ke? hehehee…kalau terkene jangan la mareee..
Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita…. walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya.. cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu.

Friday, June 10, 2011

10 petanda si dia jodoh kamu ..



1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
9. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

Tuesday, May 24, 2011

women secret


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Sunday, May 22, 2011

my first song



Assalammualaikum hye guys !

setiap lagu ade kenangannya . macam aku jugak , lagu nie lagu yg mula2 dye nyanyi kan untuk aku.. dye yg suruh pilih lagu , aku pon hentam je sebab mase nie aku x layan lagu jiwang .aku pilih lagu nie pon sebab adik sedare aku suke sgt nyanyi lagu nie . so, hentam jela labu ! thanx syg nyanyikan lagu nie wlaupon time tu sye tak nyanyi . membe2 awak pon ramai sgt la . malu gitu ! bhahahah , werkkk =P .
thanx jugak kat membe dye nyanyi kan lagu jujur nyanyian radja utk ktorg . thanx wan ! yer, ktorg akan ingat lagu nie mcm dye ckp korg kena jujur satu sama lain taw. okay , i paham tu .. =)



masa awak 19 thn , sye plak 17 thn . mude remaje lagi mase tu ... hehehehh . miss the moment ='(

Wednesday, May 11, 2011

Bentuk Muka


Bulat : Orang yang memilki muka bulat cenderung memiliki kepribadian yang emosional, sensitif, dan juga perhatian. Biasanya, lelaki yang memiliki muka bulat memiliki fantasi seksual yang sangat kuat dan nyaman dalam menjalani hubungan yang stabil dan jangka panjang.





Oval/bujur : Bentuk muka oval cenderung lebih praktis, sistematis dan pekerja keras. Kamu yang memiliki bentuk muka oval juga cenderung memiliki fisik yang atletis yang cenderung menciptakan narsisme pribadi yang mampu merusak hubungan.





Kotak : Orang dengan bentuk muka kotak cenderung agresif, ambissius, serta dominant. Kamu juga memiliki pemikiran yang tajam, ahli dalam melakukan analisis, dan kritis.


Segitiga : Bentuk muka seperti ini biasanya dimiliki oleh tubuh yang kurus dan memiliki kemampuan persuasi. Bentuk muka ini juga biasa dimiliki oleh orang Tionghoa yang memiliki pribadi yang kreatif dan sensitive tetapi juga temperamental.

Saturday, April 30, 2011

perangai perempuan yg lelaki x suke !


Øego. tak reti nak tunjukkan sifat kasih sayang terhadap lelaki terbabit (kan tu ayat hati taman dah keluar)
Ø  high maintainance. melainkan lelaki tersebut seorang yang kaya raya atau bekerja gaji besar atau born in a rich family
Ø  boyish. kasar yang amat sangat. perempuan seharusnya seorang yang lembut, even not 100% lembut but atleast 50%.
Ø  kuat mencarut. omg yang ni mmg lelaki totally tak suka. sebab Amirul si gila pernah berkata apabila aku mencarut'Azza aku tak suka perempuan mencarut!'. tett. biarkan dia dgn dunia dia. 
Ø  kaki kikis. oh ya ini untuk perempuan yang hendak dibuat gf. mereka tidak suka perempuan kaki kikis. bini kaki kikis takpe rasanya.
Ø  lack self-confidence. its like, 'hey kita nak makan kat mana? 'emm ntah. i ikut u'. 'kita nak pegi mana?' 'mana2. i ikut u'. 'yang mana lagi lawa, baju ni ke yang ni?' 'i pun taktau. u rasa mana lawa?'. tettt. semuanya, I IKUT YOU. YOU JE AH DECIDE.
Ø  perempuan yang jenis tak reti manja. err? i mean nk dibuat gf. tak manja & tak mengada2 dgn bf. kau tak rasa cam cacat ke? 
Ø  banyak songeh sgt. mula2 nak pergi makan mcD. sampai kat mcD tiba2 taknak, nak makan A & W. lepastu dah smpai A & W nampak bear besar tu, terus takut. nak makan kat mapley pulak dah. bila dah smpai dekat mapley, takde selera tgk meja buruk kerusi buruk. last2 suruh hantar balik, tade mood. wtf? sebab makan pun boleh jadi moody. mmg saje cari gadoh -__-
Ø  tak reti nak text msj dulu, tak reti nak tegur dulu, tak reti nak call dulu. semua nak tggu lelaki jugak. mereka rasa seperti, 'helo? kau ni suka kat aku ke tak?'
Ø  ada kawan lelaki yang rapat. i means BEST FRIEND. aku rasa most lelaki tak suka mcm ni. keluar sama-sama, cerita masalah sama-sama. kira byk spend time la. sebab mereka rasa, 'lelaki & perempuan tak boleh berkwn baik, nnt ada perasaan lain timbul'. eh yeke? aku rasa boleh je, more fun adalah.
Ø  tak reti bergaul LANGSUNG dgn kawan2 dia. bila dgn kawan2 dia, jadi batu. lepastu tarik muncuk lapanbelasratus.
Ø  kuat memaksa. tak boleh itu ini. tak boleh spend time dgn kawan lama2. tak boleh makan megie. tak boleh smoke. tak boleh keluar malam. tak boleh buat keputusan tanpa persetujuan perempuan tu. tak BOLEH SEMUA TAK BOLEH. you should give boys some space.
Ø  tak boleh overcome masa lalu. sikit2 teringat benda2 perit yang dah lama berlalu. leceh betul.
Ø  perempuan pandai. ok ini fakta, rasanya. sebab lelaki akan rasa tercabar bila awek dia pandai sgt, belajar overseas. sedang mereka cuma belajar di kolej. mereka berasa diri terlalu kecil. muaha. tapi lelaki yang pandai pulak, suka perempuan yg pandai. ok faham situasi?
Ø  nak berkepit 24 jam. but ini depends on lelaki tu la. most lelaki, tak suka berkepit sgt. sebab mereka ada kawan. lelaki adalah normal kalau byk spend time dgn kawan. tetapi adalah tidak normal kalau duduk rumah macam otaku (otaku ialah org yg duduk rumah tk reti keluar, LANGSUNG)

Saturday, April 23, 2011

penjagaan contact lens



Semua sedia maklum, sekarang makin ramai yang pakai kanta sentuh a.k.a contact lens tak kiralah tujuan untuk mengatasi masalah rabun mahupun untuk bergaya. Tapi ramai yang ambil mudah tanpa tahu tentang penjagaan yang perlu bagi pemakaian kanta sentuh ni. Ini kerana mata ialah aset utama manusia yang paling sensitif. Oleh sebab itu, cara pemakaian dan penjagaan kanta sentuh perlulah teliti dan berhati-hati.
§  Buat pemeriksaan berkala dengan pakar optometri untuk mata dan kanta sentuh.
§  Bersihkan dan basmi kuman pada kanta sentuh setiap hari seperti yang disarankan dan pastikan sentiasa dijaga dengan baik.
§  Jangan sesekali melebihi tempoh pemakaian kanta lekap seperti yang disarankan (8 jam).
§  Jangan pakai kanta sentuh yang sudah rosak.
§  Basuh tangan setiap kali hendak memakai kanta sentuh.
§  Kuku yang panjang boleh menyebabkan kanta sentuh terdedah kepada kerosakan serta kecederaan ketika memakainya. Bagi mengelakkan kejadian seperti itu, elok berkuku pendek.
§  Gunakan pembersih kanta sentuh yang disarankan dan jangan guna air biasa untuk mencuci.
§  Sebelum bersolek dan sebelum mencuci solekan, tanggalkan dulu kanta mata.
§  Tutup kedua-dua mata ketika ingin menggunakan sebarang semburan.
§  Jangan pegang kanta sentuh jika membawa bahan kimia.
§  Simpan kanta sentuh ke dalam bekas yang sesuai.
§  Apabila menyimpan kanta sentuh ke dalam bekas pastikan kanta sentuh itu berada kedudukan di tengah-tengah sebelum menutup bekas berkenaan.
§  Jika terdapat gurisan atau apa saja tanda pada permukaan kanta sentuh, elak memakainya.
§  Elakkan membeli kanta sentuh yang murah harganya tanpa diketahui tahap kualitinya kerana mata adalah aset paling berharga dan sensitif.
§  Jika mata mengalami simptom merah atau kegatalan selepas memakai kanta sentuh, sila berjumpa doktor dengan segera.

Wednesday, April 20, 2011

perbezaan mata lelaki & perempuan



1. Pandangan perempuan lebih melebar, pandangan lelaki lebih tajam

Lelaki selalu sangat terserempak dan terus melirik gadis lain yang lalu di hadapan dan disebelahnya. Padahal, perempuan juga sering juga mengagumi lelaki handsome yang kebetulan melintas. Bezanya, perempuan  tidak perlu menolehkerana liputan pandangan perempuan lebih daripada 180 darjah. Ini kerana mataperempuan mempunyai lebih banyak sel jenis kon dalam retinanya.

Mata lelaki ukurannya lebih besar dari mata perempuan dan otak menyusunnyaseperti sebuah terowong. Maksudnya, lelaki boleh melihat lebih jelas, lebih fokus,dan lebih jauh berbanding perempuan. Mata orang lelaki seumpama teropongsahaja.

2. Lelaki lebih cepat melihat di dalam gelap.

Ketika malam hari lebih baik jangan serahkan tugas mengintip pada orang perempuan. ( bagi sesuatu perkerjaan atau tugasan yang bersangkutan dengannya ) Disebabkan, ternyata orang lelaki memang lebih mahir melihat di dalam gelapberbanding orang perempuan. Selain itu, lelaki juga mempunyai kemampuanistimewa yang lebih baik di dalam otak kanannya.

Sebaliknya, perempuan biasanya kesukaran melihat jarak jauh di dalam kegelapan.Kemampuan ruang yang terhad juga membuatkan sebahagian besar perempuansukar untuk menentukan arah laju kenderaan lain di malam hari.

3. Mata orang perempuan boleh melihat lebih banyak

Sejak beribu-ribu tahun yang lalu, otak lelaki dipersiapkan untuk memburu. Lelaki harus boleh melihat banyak hal dalam kawasan yang sempit. Otak lelaki secara automatik menyempitkan penglihatan supaya boleh menumpukan perhatian padasatu hal yang khusus, misalnya binatang buruan.

Pada perempuan tidak seperti ini. Sebagai jenis yang terbiasa bertugas melindungisarang atau tempat tinggal, otak orang perempuan pun diprogramkan untuk memproses semua maklumat visual yang masuk di lingkungan yang lebih luas.

Perkara ini lebih memudahkan bagi orang perempuan bagi mencari barang hilangberbanding lelaki, kerana otaknya boleh memproses lebih banyak "imej" dalam satu-satu masa berbanding lelaki.











Thursday, March 17, 2011

bila sang peria jatuh hati ?


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA






all about love



1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan. 

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasany a berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.  







Copyright@Segala Hasil Nukilan Di atas Semuanya Hak Milik Nadia Syamira